Saturday, September 15, 2012

Taman Buluh

Alamat di Lot: 610, Kampong Binjai, KM 8 Jalan Benta, Jerantut Pahang. Taman ini boleh dilawati dengan membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi pihak pengurusan di nombor telefon berikut: 09-2663254.

Taman ini adalah dimana buluh-buluh tempatan ditanam sebagai koleksi dan tujuan pembelajaran. Namun bagi mengkomersialkan hasil dari tanamannya, buluh-buluh yang menghasilkan rebung madu turut juga ditanam dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan hasil dari jualan runcit serta borong.

Selain dari lawatan, pihak pengurusan juga menyediakan penginapan ala Homestay, dimana pengunjung dapat tinggal dikawasan perkampongan yang tenang dan damai sambil menikmati keindahan alam serta mendengar bunyi-bunyi serangga pada waktu malam.

Antara aktiviti yang dapat dilakukan selain lawatan di taman buluh adalah memancing ikan dikolam, melawat kebun getah dan ladang sawit serta melawat Kampong Orang Asli, Gua kota Gelanggi dan Air Terjun Lata Meraung.